Monday, September 20, 2010

Kemelut Claudius Dalam Hamlet

Oleh Muhamad Noraizie Ramlan
20111035

William Shakespeare melalui karya-karyanya telah memperlihatkan banyak kepincangan idea dan klimaks yang memuncak. Hal ini jelas memperlihatkan apabila beliau sangat bijak memainkan peranan plot untuk memanjangkan atau memberikan kesan yang lebih mendalam dalam setiap watak. Salah satu daripada contoh tersebut adalah melalui penghasilan Hamlet.

Hamlet adalah karya Shakespeare yang banyak menimbulkan spekulasi dan kritikan yang hebat daripada pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, dari sudut yang lain pula, Hamlet telah membawa perubahan yang besar kepada penggunaan bahasa inggeris. Karya ini juga adalah antara karya beliau yang sangat masyur dan terkenal. Malah, karya-karya beliau yang lain turut mendapat perhatian yang hangat daripada penggemar teater. Sehingga kini, Hamlet masih lagi dihargai dan diminati.

Perwatakan antagonis yang cuba dicetuskan juga sangat sekual dan memperlihatkan kesan yang sangat mendalam dalam Hamlet. Sebagai contohnya melalui watak Claudius.

Secara ringkasnya, perwatakan Claudius adalah seorang yang selalu muncul dalam karya Shakespeare. Kata yang lebih tepat lagi, watak negatif yang bersifat antagonis. Kecelaruan perwatakan ini juga cuba ditunjukkan oleh Hamlet. Claudius adalah watak adik lelaki kepada Raja Hamlet yang baru sahaja mangkat. Beliau juga adalah bapa saudara kepada peranan utama di dalam cerita ini iatu Hamlet. Claudius ditabal menjadi Raja setelah kemangkatan bapa Hamlet yang mati dibunuh.

Sepanjang takhta Denmark berada di bawah pemerintahan Claudius, kepesongan dalam pentadbiran telah wujud dalam sistem pemerintahan. Penguasaan Claudius sebenarnya telah menunjukkan keadaan yang sangat kritikal dan semakin tegang apabila beliau menjalinkan hubungan dengan permaisuri Denmark.

Pada masa yang sama, permaisuri itu adalah ibu kandungnya sendiri yang berlaku curang apabila menjalinkan hubungan cinta dengan Claudius. Hal ini telah jelas menunjukkan watak antagonis itu sendiri semakin menyerlah. Perubahan sikap Fortinbras juga antara faktor yang boleh dikaitkan:

"Young Fortinbras,
Holding a weak supposal of our worth, . . .
. . . hath not fail'd to pester us with message.
Importing the surrender of those lands
Lost by his father."
(I. ii. 17-34.)

Seorang pemerintah haruslah mempunyai sifat-sifat yang baik dan mampu menjalankan tugasnya dengan baik. Pemerintahan yang baik tentu sekali akan mampu menjadikan sesebuah negara itu semakin maju dan kekal keharmoniannya. Namun, sifat Claudius pula bertentangan dengan apa yang perlu ada dalam diri seorang raja.

Beliau adalah seorang raja baru yang suka menghabiskan duit rakyat dengan membuat parti-parti keraian untuk meraikan seseorang. Contohnya parti yang dirancang untuk meraikan Hamlet. Namun, Hamlet sedar akan kerugian negaranya. Mentalitinya berpendapat bahawa Claudius adalah seorang yang suka membazir.

Kemasyhuran negara Denmark sendiri semakin terjejas apabila memiliki tabiat pemabuk oleh raja baru itu. Tabiat suka minum arak itu menyebabkan Hamlet tidak senang duduk dengan gaya hidup pemerintahan baru yang dirasainya. Tingkah laku negatif raja menybebakan negara Denmark mendapat kesannya.

"The king doth wake to-night and takes his rouse.
Keeps wassail, and the swaggering up-spring reels;
And as he drains his draughts of Rhenish down.
The kettle-drum and trumpet thus bray out
The triumph of his pledge."
(I. iv. 8-12.)

Gaya hidup Claudius yang terlalu mengamalkan gaya hidup sosial itu sendiri secara kasarnya tidak melambangkan dirinya sebagai seorang pemerintah yang baik. Kukuhnya bukti dapat disahihkan melalui aspek-aspek kehidupan beliau sebagai seorang kaki mabuk dan suka membazir. Jelaslah di sini bahawa, watak dan peranan Claudius sering menjadi penyebab kepada keruntuhan institusi beraja. Justeru itu, tidak hairanlah bahawa, Shakespeare sengaja menghidupkan watak Claudius bagi membuka mata golongan pemerintah supaya tidak terus terjerumus dalam kehidupan yang tidak bermoral sehingga menyebabkan negara yang maju boleh jatuh tersungkur kerana sistem pemerintahanya yang tidak berkesan.

Kepincangan watak Claudius juga terbukti apabila beliau sanggup membunuh untuk mendapatkan kuasa. Malah, apa yang lebih sukar diterima akal apabila perlakuan sumbang turut terjadi. Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila beliau sanggup membunuh abang kandungnya dan berkhawin dengan kakak iparnya sendiri.

Peristiwa ini sebenarnya juga telah membuka mata masyarakat tentang apa yang cuba disampaikan oleh Shakespeare.

Pembunuhan yang dilakukan oleh Cladius pada akhirnya telah mendatangkan sesalan kepadanya. Namun, peristiwa pembunuhan dan “rampasan kuasa” itu telah menyebakan Hamlet semakin pasti tentang penyebab kematian ayahnya.

“A brother’s murder,
he says, is the oldest sin and “hath the primal eldest curse upon’t”
(III.iii.37).

‘What if this cursed hand
Were thicker than itself with brother’s blood,
Is there not rain enough in the sweet heavens
To wash it white as snow? Whereto serves mercy
But to confront the visage of offence? …
Try what repentance can. What can it not?

Kebodohan dan kelembabpan dalam pemerintahan juga menyebakan Denmark terus dilanda kemurungan. Negara Denmark terus diambang kejatuhan. Cara pemerintahannya yang tidak berkesan menampakkan perbezaan yang sangat ketara antara pemerintahan yang lama dan baru. Sebagai contohnya, perselisihan antara Norway dan Denmark. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa, Cladius tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang cukup baik untuk memerintah. Jadi, Fortinbras terpaksa bertindak agresif untuk meleraikan kembali kejatuhan Denmark. Namun, rayuan dan surat yang dikirim kepada Norway, memaksa untuk berbaik semula. Implikasi yang tersirat daripada peristiwa ini sebenarnya telah menunjukkan kelemahan kempipinan Claudius.

Peritiwa pembunuhan raja yang dilakukan oleh Claudius sangat licik. Beliau sangat cekap sehingga ramai yang tertipu dengan tindak tanduknya. Malah, ada yang lebih hebat lagi apabila selepas pembunuhan itu berlaku, beliau dengan bangganya menabalkan dirinya sebagai raja baru. Hal ini telah membuatkan Hamlet curiga.

Kesangsian yang timbul terus menjadi tanda tanya. Persoalan tentang tindakan Claudius itu menyebabkan Hamlet sering mencari maklumat untuk mengetahu kejadia sebenar tenang pembunuhan bapanya. Peristiwa ini juga telah mengaitkan watak-watak Ophelia dan Gertrude.

Setelah menjadi pemerintah baru negara Denmark, maklumat untuk mencari pembunuh sebenar bapa Hamlet semakin sukar apabila pengaruh yang kuat dari Claudius.

"Fie on't! O fie! 'tis an unweeded garden
That grows to seed; things rank and gross in nature Possess it merely."
(I. ii. 135-7.)

Kesimpulannya, watak Claudius adalah sekual kepada perasaan sinis yang cuba digambarkan oleh Shakespeare terhadap sistem pemerintahan yang berlaku dalam sesebuah pentadibran. Oleh sebab itulah kita sering melihat apabila golongan pemerintah ini masih ada yang mempunyai perwatakan seperti yang cuba digambarkan oleh Shakespeare dalam Hamlet.

No comments:

Post a Comment