Pilih salah satu tajuk yang berikut untuk tugasan kedua saudara:
1. Huraikan idea-idea politik yang terkandung dalam Hamlet?
2. Adakah anda merasakan William Shakespeare telah menghina atau mengangkat kaum hawa bersandarkan nasib yang menimpa watak-watak Ophelia dan Gertrude. Berikan sebab-sebabnya berdasarkan penghayatan teks Hamlet.
3. Struktur Hamlet dianggap kompleks sejak ia mula ditulis pada zamannya. Menerusi lima babak yang ada, huraikan tema-tema berasingan yang anda temui dan nyatakan apakah eksposisi, konflik utama, aksi menegak, klimaks, peleraian dan 'catastrophe'. Nyatakan pula kedudukan istimewa The Mousetrap menurut penilaian anda, apakah fungsinya?
4. Claudius adalah watak yang selalu muncul dalam dunia politik, termasuk politik semasa di negara kita. Bincangkan watak Claudius dan kerancuan karektornya berdasarkan teks Hamlet.
5. Jelaskan kekusutan watak Hamlet, turun naiknya dalam membuat pelbagai keputusan yang mendadak. Pastikan penjelasan anda itu memuatkan insiden pengkebumian, kematian Polonius, perlawanan pedang dengan Laertes dan penyerahan takhta kepada Fortinbras dari Denmark.
* Tarikh akhir: 16 September 2010 12 tengah malam. Emel tugasan saudara ke pengenalandramabarat@gmail.com
** Tugasan yang baik akan diterbitkan sebagai entri di blog ini.
No comments:
Post a Comment