Kuliah :
Minggu 1 : Pengenalan drama di Barat. Asal-usul teater Barat.
Minggu 2 : Teater ritual.
Minggu 3 : Mengkaji Puitika Aristotle. Pendedahan diberi dengan mengupas teks antara lain Oedipus Rex.
Minggu 4 : Teater zaman pertengahan di mana perbincangan meliputi drama cycle, liturgi, dan moraliti.
Minggu 5 : Konsep zaman Renaissence dan ciri-ciri utama. Perkembangan dari teater klasik.
Minggu 7 : Aliran teater utama dalam era Eropah moden. Termasuk romantisisme. Pendedahan tentang teater di Sepanyol ketika era emas, dan Itali meliputi comedia dell’ arte.
Minggu 8 : Teater moden meliputi realisme, idea-idea tentangnya dan tokoh-tokoh utama.
Minggu 9 : Teater pasca realisme merangkumi aliran-aliran utama seperti ekspresionisme, dan absurdisme.
Minggu 10 : Pengenalan kepada teater epik Bertolt Brecht. Salah sebuah karya beliau akan dibaca dan dikupas.
Minggu 11 : Pengenalan kepada teater absurd Samuel Beckett. Salah sebuah karya beliau akan dibaca dan dikupas bersama pelajar.
Minggu 12 : Pengenalan kepada teater di Amerika. Teks yang akan ditekuni ialah Sebuah Trem Bernama Desire.
Minggu 13 : Teater Global. Perbincangan meliputi teater pasca-kolonial.
Minggu 14 : Teater Alternatif. Perbincangan mengenai teater miskin Jerzy Grotowski, teater forum dan teater orang tertindas oleh Augusto Boal dan teater di bawah pengaruh aliran feminisme.
Minggu 15 : Pengaruh teater Barat dalam karya tempatan.
Minggu 16 : Perbincangan dan ulangkaji.
Antara rujukan yang dicadangkan ialah:
Worthen, W.B. 2002. Anthology of Drama. Berkeley: University of California.
Boal, Augusto. 1985. Theatre of the Oppressed. New York: Theatre Communications Group.
Richards, Thomas. 1995. At Work With Grotowski. London dan New York: Routledge.
Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Seni Persembahan Drama Melayu Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Schneider, Rebecca dan Cody Gabrielle (pnys.). 2002. A Theoretical and Practical Guide. London dan New York: Routledge.