Wednesday, November 17, 2010

Seks, Psikologi Dalam A Streetcar Named Desire

Oleh Nur Lina Mastura bt Tajaludin
20111108

Apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? Psikologi merupakan bidang ilmu pengetahuan yang mempelajari tentang tingkahlaku manusia dan proses pemikiran dalam setiap diri manusia. Ia juga merupakan satu cabang ilmu yang masih baru dan segar. Ini adalah kerana, pada mulanya, psikologi merupakan salah satu bahagian dari ilmu filsafat tentang jiwa manusia dan juga pemikiran mereka. Mengikut falsafah Plato, psikologi bermaksud ilmu pengetahuan yang merangkumi tentang sifat, hakikat dan hidup jiwa manusia. Manakala pengertian jiwa pula, merupakan sesuatu yang sukar dihuraikan dan tidak boleh dilihat dan masih belum lagi diungkapkan secara lengkap dan jelas. Maka mereka lebih berminat untuk mempelajari tentang jiwa yang kekal atau segala jenis jiwa yang terkandung di dalam diri iaitu bentuk perbuatan manusia yang berkaitan dengan segala aktiviti, perbuatan serta penampilan diri sepanjang hidup manusia. Kerana itu jugalah, psikologi memerlukan masa yang berabad-abad lamanya untuk mengasingkan diri dari ilmu falsafah.

- Bagaimana pula dengan definasi seksualiti? Seksualiti merupakan sesuatu yang normal dalam setiap proses perkembangan setiap remaja. Ia mrupakan satu proses sepanjang hayat bermula dengan satu proses kelahiran sehingga manusia mati. Setiap yang bergelar manusia merupakan makhluk seksual. Setiap manusia akan dibentuk oleh satu nilai yang terkandung di dalam diri sendiri yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan sekeliling, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang yang digubal oleh masyarakat. Ramai manusia yang menyalah tafsir tentang seksualiti kerana menganggap seksualiti hanya sekadar melakukan hubungan seks tetapi pengetian seksualiti yang sebenarnya merangkumi dari segi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki.

- Naskah A Streetcar Named Desire memaparkan unsur-unsur seksualiti dan psikologi manusia dengan memaparkan mesej yang tersirat dalam setiap dialog-dialog di dalam naskah tersebut. Perkaitan ini melibatkan latar-latar di dalam naskah A Streetcar Named Desire karya Tennessee Williams. Terdapat tiga latar yang dapat dipamerkan di dalam naskah ini. Antaranya, latar masa, latar tempat dan latar masyarakat. Latar masyarakat yang menerapkan unsur-unsur psikologi manusia dengan menzahirkan mesej mengenai psikologi manusia. Contohnya dalam arahan babak satu memaparkan masyarakat di New Orleans dengan menerapkan unsur-unsur kejituan kaum di mana terdapat komuniti berkulit putih dan berkulit hitam. Mereka duduk di bawah satu bumbung yang sama melahirkan psikologi manusia yang bertoleransi dan menolak percanggahan dalam realiti iaitu penerapan dasar apartheid. Tennessee Williams cuba menyatupadukan masyarakat yang di dalam dunia realiti tidak seperti digambarkan di dalam karyanya.


Bagi latar tempat pula, pengarang juga menerapkan unsur-unsur humanity dengan keadaan geografi tempat yang melambangkan ketenangan yang diidamkan oleh manusia. Suasana tempat yang diceritakan menggambarkan keindahan alam bagaimana perkaitan manusia dengan alam cuba diterapkan. Unsur-unsur simbolik menggunakan fatarmogana cuba dieksperimenkan oleh Tennessee Williams dengan memaparkan keindahan alam dengan psikologi manusia. Manusia tidak boleh lari daripada alam sekeliling, jadi perkaitan manusia dengan alam diterapkan dengan memaparkan unsur-unsur kekaguman yang terkadung di dalam teori Aristotle sebagai salah satu unsur-unsur kekaguman alam sekitar. Teori berkenaan menguatkan lagi tanggapan mengenai psikologi manusia tentang alam sekitar yang sering berkait dengan manusia.

-
Naskah A Streetcar Named Desire cuba mengangkat seks sebagai medium utama di dalam cerita tersebut. Gambaran yang dapat diberikan di dalam naskah tersebut adalah seorang perempuan memerlukan cinta melalui perhubungan seks, manakala lelaki mendapatkan seks melalui cinta. Kewajaran yang dapat dilihat dalam naskah tersebut adalah pertembungan ideologi mengenai seks antara lelaki dan perempuan dan pertembungan ideologi mengenai cinta. Hak seorang perempuan di dalam cerita ni diketepikan dengan memperlihatkan lelaki sebagai kuasa yang mengawal perempuan daripada bebas melakukan sesuatu dan tidak berhak membuat keputusan atau kata lainnya terkongkong. Platfom seks yang digunakan di dalam naskah A Streetcar Named Desire memperlihatkan kekuasaan lelaki untuk mendapatkan seks. Wanita dijadikan sebagai alat untuk melepaskan nafsu serakah lelaki kerana lelaki merasakan dengan kekuasaan yang mereka miliki, mereka mampu mendapatkan seks melalui muslihat cinta mereka. Lumrah kehidupan manusia tidak lari dengan seks yang cuba diangkat di dalam cerita ini. Mengikut teks di dalam A Streetcar Named Desire karya Tennesse Williams terdapat beberapa unsur seksualiti di dalam teks. Antaranya :

Adegan Tiga :
Stella : Kalau lau sentuh aku. Aku akan…..(Stella menghilangkan dirinya. Stanley mengikutinya. Kedengaran bunyi pukulan. Stella menangis. Blanche menjerit dan berlari ke ruang dapur. Rakan-rakan Stanley yang lain mula maki hamun dan berkelahi. Kedengaran bunyi barang jatuh dan pecah)
Blanche : (Sambil menjerit) Adik aku menjerit!

Mitch : Ini dah jadi dasyat!
Blance : Gila! Semuanya dah gila!
Mitch : Bawa dia kesini. (Stanley dipaksa masuk ke dalam bilik tidur oleh dua orang kawannya. Dia hampir menewaskan kedua-dua mereka tetapi tibe-tiba dia menjadi lemah dan membiarkan mereka membelainya. Kawan-kawan Stanley bercakap dengannya dengan nada yang lemah lembut. Stanley pun melentokkan kepala ke atas bahu mereka)
Adegan Tiga :

Blanche : Maaflah. Tapi tak pun aku Nampak kecermelangan kau termetrai di dahi Stanley. ( Blanche menanggalkan bajunya dan sekarang hanya memakai baju dalam sutera bewarna merah jambu dan skrit putihnya. Dia berdiri di tengah-tengah cahaya yang melimpah masuk dari luar.)

Adegan Lapan :
Stanley : Semuanya akan kembali seperti biasa selepas dia pergi nanti dan selepas kau melahirkan anak kita. Semuanya akan menjadi baik antara kita berdua – seperti dahulu kala. Kau ingat lagikan? Pada waktu malam apabila kita bersama? Oh tuhan, sayangku, semuanya akan jadi baik apabila kita boleh buat bising sesuka hati kita di dalam bilik tidur dan tidak perlu risau yang ada orang mendengar telatah kita!



1 comment: