Oleh Rozilawati Binti Mohd Zin
(20111017)
Aristotle menghujahkan bahawa plot ialah kronologi yang mempunyai bahagian awal, tengah dan akhir, iaitu susunan peristiwa menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. Ia distruktur melalui sebab dan akibat. Pada masa yang sama, plot juga mengandungi 'idea-idea intelektual'.
Plot akhir merungkaikan masalah atau menjawab klimaks. Sebelum itu peristiwa (klimaks) yang terjadi atau berbangkit, diperlihatkan pada penonton dalam bahagian tengah. Peringkat awal pula, plot pula banyak mengemudikan sebab yang mengakibatkan tragedi atau persoalan kepada tragedi atau memecahkan tragedi. Dalam pada itu, plot dikembangkan oleh sub-plot iaitu hal sampingan bagi sesuatu cerita yang berasingan tetapi berkaitan dengan sebab utama. Ia menyokong watak, tempat dan memberi kesan mudah bagi penonton untuk memahami karya penulis.
Menurut Aristotle, plot mempunyai nilai estetika yang berbeza dengan elemen yang telah beliau gariskan dalam konsep puitika. Plot amat penting dalam setiap bahagian cerita seperti novel, drama dan sebagainya. Tiada plot, tiadalah cerita.
Contoh plot awal yang kita boleh lihat di bawah ini, yang diambil daripada skrip Oedipus Rex;
Priest… “ kota ini, lihatlah, bahtera tidak lagi belayar.. gelombang kematian hampir tiba. Thebes sudah tidak bernyawa…” (baris ke-28).
Pada baris ke-28 tersebut, Priest memberitahu Oedipus tentang keadaan kota Thebes yang nazak. Ini juga menjadi pencetus atau sebab mula cerita ini.
Kemudian pada dialog Creon, dia menjelaskan bahawa ada pengkhianat di kota suci itu yang menyebabkan malapetaka. Hal ini, kerana adanya kemurkaan dewa. Dewa memerintahkan supaya pengkhianat tersebut dinyahkan dari Thebes. Kemudian Oedipus memohon penjelasan, bagaimana ia akan mencari pengkhianat tersebut dan di mana sumber masalah itu didapati.
Lihat baris ayat ke-109;
Creon: “Keluarkan si durjana ini dari tanah ini, jangan lindunginya lagi, musibah akan berlalu pergi, jangan biarkan dia terus berada bersama mu – dialah punca!”
Oedipus: “Bagaimana? – upacara apa?, apakah punca masalah ini?”
Creon: “Dia mesti dikeluarkan dari Thebes, atau dibunuh.”
Penyataan ayat di atas, adalah pokok plot yang penting sebelum ianya dikembangkan lagi melalui watak-watak yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah Thebes.
Pada peringkat pertengahan penulis mendatangkan krisis. Ini terlihat di baris ayat yang ke-594. Oedipus menuduh Creon mahu merampas takhta dan membunuhnya. Oedipus mempersoalkan bagaimana Laius telah dibunuh dan sehingga kini mereka tidak dapat mengesan pembunuhnya. Persoalan tersebut menghidupkan tanda tanya Oedipus terhadap Creon kerana pada waktu ketiadaan Laius, Creon sememangnya berkuasa dan mampu untuk merebut kuasa. Akan tetapi beliau tidak mempunyai bukti untuk menuduh Creon. Jocasta hadir bagi meleraikan krisis. Jocasta telah bertanya tentang persoalan tersebut kepada Oedipus, yakni kenapa harus menuduh Creon?. Oedipus menjawab pertanyaan Jocasta, bahawa Creon mahu merampas kuasanya dengan cara yang sama seperti; membunuh Laius. Namun Jocasta menafikan.
Penulis menampakkan subplot yang berupa klimaks ringkas sebelum diangkat menjadi lebih genting dibaris ayat ke-1242. Lihat di bawah;
… “Patutlah dia tidak mengenali saya, Tuanku. Biar saya imbas memori untuknya. Saya pasti dia akan teringat semula kejadian di lereng gunung Corinth” …
Merujuk pada plot di atas, Oedipus yang sedang bersoal-jawab dengan seorang pengutus dari Corinth dan seorang tua yang sedang menyembunyikan rahsia, akhirnya terpaksa akur dengan takdir pada ketika itu. Sebenarnya plot pertengahan telah pun memberi penonton bentuk penyelesaian sebelum tibanya plot akhir.
Pada peringkat akhir biasanya, sebagaio urutan sebab dan akibat, penulis akan menyimpulkan persoalan yang mencetuskan masalah atau klimaks yang diketengahkan.
Dalam Oedipus Rex, pathos ialah teknik komunikasi yang banyak digunakan dalam hujah atau kata – kata untuk meraih emosi terutamanya penonton, supaya penonton dapat merasai perasaan penulis seperti merana, sakit dan sebagainya.
Dialog Oedipus di baris ke-1443 dapat dijadikan contoh;
“ Sengsara! Aku sengsara..
Ke mana akan ku pergi? Bumi mana?
Ke mana aku mahu humbankan penyeksaan ini?”
Inilah yang dikenali sebagai phatos, yakni menyampaikan peranan yang akan meraih simpati penonton.
Kenapa ayat ini saya ajukan sebagai phatos? Kerana, rintihan seperti “Sengsara!, Aku sengsara” – menunjukkan bagaimana Oedipus dalam penderitaan dan penuh dengan kesedihan.
Dialog Priest (dewa) di baris ke-57;
“ Aku merayu pada mu, yang mulia, kembalikan kota ini!
Lakukan, pertahankanlah kota ini, kembalikan kemuliaan kota ini seperti dahulu!
Kota ini memanggilmu sekali lagi untuk menyelamatkannya”
Manakala dialog seperti di atas ini, adalah elemen emosi rayuan. Ia menggambarkan kemusnahan kota yang menyeksa penduduk. Semestinya dialog ini bertujuan meraih simpati penonton secara terbuka.
Peripety dalam teks ialah munculnya pandangan yang lain, iaitu mengharapkan keadaan yang baik atau sebaliknya apabila cerita yang ditonton ada adegan yang tidak diingini atau sepatutnya berlaku mengikut perkiraan logik.
Merujuk pada baris ayat ke-784, di situ ada rencana bahawa Laius akan membawa keluar anaknya (Oedipus) untuk dibunuh.
Peripety yang saya maksudkan di situ, adalah, jikalau Laius tidak percaya apa yang disampaikan oleh Apollo, dia tidak akan terlintas mahu membunuh anaknya. Tragedi Oedipus memasuki kota Thebes, dan menghadapi masa depan sadis tidak akan berlaku, juga tidak akan terjadi peristiwa dia membunuh Laius.
Terdapat beberapa teknik ‘recognition’ yang terdapat dalam naskah Oedipus Rex.
Teknik – teknik recognition yang terdapat dalam naskah Oedipus Rex ini adalah, antara lain:
- Jocasta bercerita kematian Laius kepada Oedipus.
- Persimpangan jalan bernama Phocis.
- Cerita tanda di kaki Oedipus.
1. Jocasta bercerita tentang kematian kepada Oedipus;
An oracle came to Laius one fine day.
(I won’t say from Apollo himself but his underlings, his priests) and it declared that doom would strike him down at the hands of a son, our son, to be born of our own flesh and blood. But Laius, so the report goes at least, was killed by strangers, thieves, at a place where roads meet... My son – he wasn’t three days old and the boy’s father fastened his ankles, had a henchman fling him away on a barren, trackless mountain.
Merujuk pada teknik pengenalan ini, ia mengingatkan kita, dan Oedipus tentang peristiwa di Phocis iaitu tragedi dia bertemu Laius dan membunuhnya. Recognition ini menunjukkan pengarang mula bermain dengan peristiwa. Pengarang mencetuskan persoalan dan membiarkan penonton mencari jawapan mengenai Oedipus.
2. Persimpangan jalan bernama Phocis.
A place called Phocis, where two branching roads, one from Daulia, one from Delphi,
Come together – a crossroads.
Pengarang memberi recognition berupa persimpangan jalan bernama Phocis. Phocis ialah jalan menuju ke Daulia dan Delphi. Persimpangan Phocis ini, menceritakan kepada penonton bahawa Oedipus sememangnya mempunyai pilihan yang boleh membawanya ke arah jalan hidup yang berbeza – beza. Akan tetapi Oedipus tetap memilih jalan yang menuju ke Thebes. Dia kemudiannya bertemu Sphinx (wanita yang menyerupai singa. Sphinx memberi teka – teki kepada Oedipus, lalu dia berjaya melepasi halangan tersebut). Kejayaan Oedipus tersebut telah membolehkannya ditabal sebagai pemimpin di Thebes.
3. Cerita tanda di kaki Oedipus.
Messenger: Your ankles … they tell the story. Look at them.
Oedipus: Why remind me of that, that old affliction?
Messenger: Your ankles were pinned together. I set you free.
Oedipus: that dreadful mark – I’ve had it from the cradle.
Semasa Oedipus mahu dibunuh pada waktu kecilnya, kakinya telah dipakukan. Kesan luka daripada peristiwa itu, memecahkan identiti sebenar Oedipus.